Jual dan beli

Posted by - Camcilah| January 30, 2010- 1 Comment

Headphone

Aku nak jual headphone cute. Headphone ni aku baru guna sehari. Then sayang hadiahkan aku headphone cap Philip pulak. So..headphone ni aku tak guna lagi. Harga headphone ni Rm30.00. Tapi aku jual RM25.00 jer.Headphone ni kira baru lagi lar kan..sebab baru guna sehari. And this headphone is still in good condition.

headphone for sale

Tilam

Aku nak jual tilam gak. Actually, ni tilam dak umah aku. Dia baru guna seminggu, then dia kena balik Kelantan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Takkan nak bawak balik tilam naik bas pulak kan..So, tilam ni dijual dengan harga RM 75.00  sajer. Plastik pun lom bukak lagi. . Memang kira tilam baru lar…murah and tebal. Anyone interested??

Single bed for sale

Kalau ada yang berminat nak beli, leh email aku kat topaz_novxie[at]yahoo dot com.

Iklan: Aku beli kasut sukan baru. Wuhoo!!

Test kasut

Kasut sukan cap Power. Rm50.00.  Kaler putih + pink .

cak! cak! cak!

Posted by - Camcilah| January 23, 2010- 2 Comments

Woah! lamanya tak update blog.  Apsal malas ha camcilah?? cis!!

So many things happen around me, don’t know where to start. Takper…aku start dengan yg latest lar.

1. Pindah opis baru

- Oh! Jangan salah faham. Aku tak tukar kerja. Still the old lame job. Cuma pindah working place jer. From 12th floor to 10th floor. Sepanjang hampir 2 tahun aku keja sini, dah 3 kali tukar tempat keja ni. Maybe big boss ingat kitorang suka pindah randah. Layankan jer lar

- Tempat baru sangat tak best!! Sebab kena dok sekali ngan HR. So..paham2 jer lar..banyak benda tak leh buat kat opis. Big Boss aku tak bg staff dia  makan kat opis, pentry pun dia tak sediakan.So, kalau ada yag bawak bekal, sila lar makan ditepi jalan atau ditepi longkang sahaja.

- Tempat baru juga sangat sejuk….diulangi sangat sejuk. Menggigil-gigil aku dok opis. Sweater tak pernah tanggal. Stoking pun aku pakai even masuk jamban. Tapi, kaki aku tetap kebas selalu, maybe darah aku beku, tak jalan gi kaki. Lepas ni boleh lar aku gi Russia dalam keadaan bogel sahaja. Maklumlah, I’m used to cold weather!!

-  Ada gak kebaikan dok ngan HR ni..dapat PC baru. Dulu aku pernah citer kedaifan pc lama aku kan..tapi sekarang aku leh riak ngan kamu..kamu dan kamu. PC baru aku wide screen, with genuine Window7 . RAM 4GB ngan hard disk 250GB. Wohohohoho!!.  Thanks bos!!

pc lama vs pc baru

2. Makan-makan

-  Oleh sebab dept. aku dah duk satu opis ngan HR, makanya kami pun habiskan lar duit tabung tahun lepas dengan buat jamuan makan-makan (untuk dept aku jer lar). Kitorang wat makan-makan kat hotel sebelah opis aku ni jer ha. Jalan kaki sajer. And of course celebrate birthday staff yang lahir bulan 11, 12 dan 1 (termasuk aku lar kan). Hihihi.

cedap nih...RM9.90 per set.
kek birthday. choc supreme.
Birthday present from my dept.

3. Muzium Negara

-  Oleh sebab dah lama aku tak gi muzium, so aku ajak lar sayang gi sana. Dari buang masa jalan-jalan kat shopping complex tapi tak beli apa-apa, lebih baik lar refresh balik mata pelajaran sejarah dengan melawat musium sahaja. Tiket masuk pun murah, RM 2.00 sahaja. Berbaloi-baloi.

Hi abang..cantik baju. Pesen baru ke?

- Ingatkan lepas gi muzium, nak gi Planetarium Negara. Sungguh-sungguh lar aku ngan sayang panjat tangga jejantas yang tinggi (escalator dia tak berfungsi) untuk gi planetarium tu kan..alih-alih sampai sana, dah tutup daaa. Dia tutup kul 4.30pm. Cet!! Tulis awal-awal kat jejantas tu boleh tak. Huh!!

4. Housemate baru

- December lepas, salah sorang dak umah aku kawin. So, of course lar lepas kawin dia dok ngan husband dia. Sekarang, aku ada housemate baru. Mahani namanya. Umur 22 tahun, dak Kelantan. Makin lama, makin muda pulak orang yang masuk umah ni. Yang kawin hari tu 25. Tsk!! Tua kah aku?

- dak Mahani ni..sopannya ya ampun…sopan sangat2!!! Apa benda dia nak buat, semua mintak izin. Even nak balik kampung, siap salam ngan cium tangan lagi. Anak sapa lar ni…. better yang sopan dari yang kurang ajor kan..

5. Aku jakun ngan Pizza Hut kat Pavillion

- Hari tu, dak umah aku yang nama Nurul tu ajak aku kuar ngan kawan dia. Kawan dia nak belanja tengok movie kat Pavilion. Wah!! dengan pantas aku follow. Pastu, kawan dia belanja makan Pizza Hut pulak. Rejeki betul…

- Anyway, kat Pizza Hut Pavilion ni, dia ada sistem untuk panggil waiter/waitress. Ko tak yah lar nak lambai-lambai atau buat bunyi tikus tiap kali ko nak order atau nak bil. Tekan jer butang call, akan kuar lar no meja tu kat pintu dapur. Macam sistem bank tu. Then, pelayan akan datang untuk entertain order korang. Efektif sungguh. Tak macam Pizza Hut kat Jusco Cheras Selatan. Penat jer lambai-lambai, masing-masing buat bodo jer. Hangin aku nih.

best main tekan tekan ni

Cukup lar tu. kang kalau aku rajin lagi..aku update blog lagi. Sekarang ni aku tengah tunggu layout blog baru dari sayang. Ntah bila nak siap, asyik busy jer..Tsk!

2010

Posted by - Camcilah| January 7, 2010- 0 Comments

Tahun 2010 sudah masuk seminggu. Maknanya..sudah seminggu tahun 2009 ditinggalkan. Bila ramai orang ghairah meyambut kedatangan 2010, aku tak rasa apa-apa. Bahkan..aku rasa sayu..

Malam tahun baru, aku keluar jugak. Sana sini meriah orang sambut tahun baru.. tapi aku masih takder perasaan. Aku layan Avatar -3D kat Pavillion. Cerita tu best. Cukup.

Pagi tahun baru, aku balik umah mak ayah aku. Sajer lepak kosong kat umah. Twin aku pun balik sambil membawa perut. Slow jer dia jalan. Bengkak kaki katanya. InsyaAllah,  lagi 2, 3 bulan aku dapat anak buah. Tahun 2010 bakal menggelar aku seorang mak cik.

Anyway, aku tak buat apa-apa azam untuk tahun ni. Tahun lepas pun macam tu. Tahun sebelumnya pun macam tu. Tak boleh ke kalau takder azam? Salah ke?

Bagi aku, 2010 hanyalah angka mengira hari, menambah usia .  Setiap kali tahun baru tiba, aku mesti pikir..makin dekat ler aku ngan ajal aku.. Kadang-kadang time birthday pun aku pikir macam tu jugak.  Aku sangat-sangat belum bersedia untuk mati. Dosa aku cukup banyak..sangat banyak.  So..untuk apa aku celebrate tahun baru..

Adakah ini akan melabelkan aku sebagai negative thinker? Aku harap tidak.  Anggap jer ni sebagai peringatan. Makin banyak tahun baru yang kita lalui, maka makin pendek lar usia kita.. kan.

Apa  yang aku dah kecapi tahun 2009? Ada ke perkara yang boleh dibanggakan? Apa pulak yang bakal berlaku tahun 2010?  Maybe this year something good will happen to me..or maybe  something bad will befall upon me? Maybe I will lost something precious to me.. Only Allah knows..

Apa-apa pun..tawakkal jer lar menghadapi tahun 2010.  Aku yakin Allah mengasihi dan mengasihani aku dan orang-orang yang menyayangi aku. Aku hanya mampu berharap yang terbaik dariNya.

Sekian ucapan tahun baru dari Camcillah. Happy belated New Year. Eh! new year leh belated ke?

belated birthday celebration

Posted by - Camcilah| December 25, 2009- 2 Comments

Khamis lepas aku ngan syg sambut birthday sama2. Birthday sayang bulan 10. Birthday aku bulan 11. Sambut bulan 12. Kenapa bulan 12? Panjang citernya, aku maleh nak citer. Huhuhu.

Kitorang celebrate kat Sunway Lagoon. Aku ingat bila gi sehari sebelum Krismas ni, orang tak ramai sangat. Tapi aku silap. Orang sangat ramai ok. Huhuhu. Aku rasa kat Sunway Lagoon tu, masa banyak terbuang untuk beratur jer (main game/ sewa pelampong/beli makanan). Banyak game yang tak sempat main. Rugi…rugi…

tengah beratur nak main bot bulat
tengah beratur nak main bot bulat
beratur tggu turn naik flying ship pulak
beratur tggu turn naik flying ship pulak

Flying ship tu aku tak jadi naik.  Sebab sangat horror. Bila aku tengok ship tu tegak 90 darjah, pastu lek lak kapal tu  buat pusingan 360 darjah, terus lutut aku menggigil. Berpeluh-peluh aku. Takper lah encik..kata aku pada orang yang jaga game tu lalu aku berlalu pergi. Huhuhu.

ni baru 85 darjah...
ni baru 85 darjah...

Kat Amusement Park, kitorang sempat main 4 game jer. Tu jer lar game yang aku rasa selamat. Hahahaha. Lagipom aku maleh beratur panjang-panjang nih (alasan aku tak mo main game yang memendekkan nyawa aku).

naik ferris wheel
naik ferris wheel

Lepas main Amusement Park, kami pun gi main air pulak. Kat  Waterpark ni..lagi raaaammmaaaiii umat manusia. Aku tak sempat nak main gelongsor tu semua. Barisan adalah sangat panjang. Menci betul. Aku ngan sayang just main terapong-apong atas pelampong jer. Huhuhu.

Bila dah bosan terapong atas air, tukar baju terus.Then, sebelum balik, singgah kat taman haiwan pulak.

Cubaan mengacau merak
Cubaan mengacau merak
Time ni aku sangat takut kalau burung tu berak atas kepala aku..
Time ni aku sangat takut kalau burung tu berak atas kepala aku..
Kambing berjambul. Siap highlight lagi
Kambing berjambul. Siap highlight lagi

Dalam kul 6, kami pun pulang. Huhuhu. Rasa sangat rugi sebab tak main banyak game. Anyway, ni sedikit info pasal Sunway Lagoon bagi sesiapa yang teringin nak gi sana:

Kat dalam Sunway Lagoon ni ada 5  Park  – Water Park, Amusement Park, Wildlife Parkm Extreme Park & Scream Park.  Tiket dia start with 2 Park (Adventure park + Water Park) – RM48.00 (for MyKad holder)

So, if korang rasa nak main 3 park (Adventure Park +Water Park + one more park of your choice) , better beli tiket tu kat kaunter luar awal -awal. Harga pakej untuk 3 park- RM 60. Sebab kalau korang masuk dengan tiket 2 park (RM 48 ), then tiba-tiba bila dah masuk kat dalam, korang gatal nak masuk satu lagi park, korang akan dicaj RM 25 per park.  Total now is RM 73. Bukankah rugi di situ? Kes aku macam ni lar. Masuk dengan tiket 2 park. Bila dah kat dalam, gatal nak masuk wildlife park pulak. huhuhu.

Nak lagi best? Bila jer tiket 5 park. Semua park ko leh masuk. Harga pakej RM 75 (MyKad holder only). Banyak ok game dia..ko akan rasa berbaloi. Tu pun kalau sempat main semua game arr.

I will miss u duck
I will miss u duck

Nota: Lepas main air kat sini, aku ada wat non-permanent body art. Aku buat kat atas buku lali. Gambor teddy bear. Hihihihi.

Posted by - Camcilah| December 11, 2009- 0 Comments

Kadang-kadang, aku berperasaan begini. Diulangi..kadang-kadang..

This song is by Ungu – Dilema Cinta

Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan yang mampu membuatku begitu terluka

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku coba segala cara
‘Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku ’tuk di sisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Kadang-kadang camcilah berjiwa sentimental juga…

Nama saya Rain, Hitam warna kegemaranku

Posted by - Camcilah| December 10, 2009- 2 Comments

Last nite aku nonton movie Ninja Assassin. Aku suka. Sangat best. Bagi peminat citer komedi, romantik dan perlu banyak berfikir, ini bukan cerita untuk anda. Citer ini ganas, darah di sana sini, kejam, sadis, pendek kata full of gore. Apa itu gore? Sila lar google.

Yer..aku suka action movies. Tolong jangan tanya pendapat aku tentang filem baru twilight, new moon. Aku tak tengok itu cerita. Walaupun aku hard die fan anything related to vampire story, tapi twilight is not my cup of tea. Cukup lar aku tengok Twilight 1, aku rasa bosan. Sebab dia banyak cakap…cakap…cakap..cakap..eh! cakap lagi?? Bikin gua bosan. Maaf lar bagi peminat Twilight, tp aku setuju Edward itu kacak dan romantis. Ada jugak yang kata Jacob tu hensem. Hensem?? Ok..Beauty is subjective.

Berbalik pada citer Ninja Assassin. Hero dalam cerita ini Raizo lakonan Rain. Owh..kacaknya. Beliau asyik topless jer..slurrpp…meleleh air liur aku. Anyway, Raizo ni dari kecik dilatih oleh suku Onuzu untuk jadi Ninja pembunuh. Latihan yang diterima sangat kejam dan kadang-kadang berat sebelah. Kecian Raizo. Tsk!

Bila besar, Raizo diburu pula oleh Suku Onuzu ni tadi. Eh. Kenapa pulak yer? Kalau nak tahu, sila lah tengok citer tu yer. Sepanjang aku tengok citer Ninja Assassin, aku asyik terbayang Naruto jer. Ada persamaan. Oh yer..ninja kat dalam citer ni sangat pandai main nyorok-nyorok dan diorang boleh merayap kat dinding macam Spiderman. Spiderman..Spiderman..do whatever a spider can

Ninja Assassin

Rate aku: 4/5 bintang.

Sila jangan menambahkan kelewatan aku gi kerja.

Posted by - Camcilah| November 30, 2009- 4 Comments

Pagi ni aku lambat gi kerja. Wargh! lambat dah ni. Tapi perut berkeroncong plak. Tsk!!. Singgah Seven Eleven lar kejap.

Masuk Seven Eleven. Nampak sorang amoi tengah nak bayar kat kaunter. Abaikan. Aku nak cari roti ngan susu ni. Ok..dah jumpa. Gi bayar plak. Eh! Amoi tu ada lagi kat kaunter??

Amoi tu tengah korek-korek syiling kt dompet dia. Jumlah bayaran kat mesin duit tu 11.90. Kat atas kaunter ada top up suploh hinggit, botol minuman(ntah air apa, aku dah lupa) ngan gula-gula dentyne.

Awek cashier tu tanya amoi tu, “U punyer barang dua ni je ke?” sambil menunjuk ke arah botol air ngan top up. Amoi tu jawab “ya” sambil mengorek-ngorek syiling dalam dompet. Eh..Dentyne ni saper punyer pulak? bisik aku dalam hati.

“Ni duit u kan?” Tanya awek cashier sambil menunjukkan dua keping suploh hinggit.
“Ya..tapi saya mahu bayar guna syiling” jawab amoi sambil menyerahkan 5 keping syiling 20 sen. So total dia bayar..21 hinggit.

Ek eleh amoi ni. Ko dah bagi duploh hinggit tu cukuplar..yg ko nk bagi 21 hinggit buat apa..ko nyer bil 11.90 jer lar. Gua dah lambat ni. nak tunggu ko kira syiling dulu pulak. Haish..

Lepas awek cashier hulurkan baki kat amoi tu, dia scan roti aku ngan susu strawberry aku plak. Pastu dia scan gula-gula dentyne tu sekali. “Eh! ni bukan saya punyer” cepat-cepat aku bagitau awek tu.

Tiba-tiba amoi tadi kata “Ini saya punyer”. Arrghh..sengal lar ko pompuan. Tadi cashier tu tanya, ko kata dua jer barang ko. Bongok lar ko nih! AKu dah lambat lar..

So, cashier tu cancel kan mesin wang, dia scan balik gula-gula dentyne untuk amoi tu. Only after that, baru aku berjaya mebayar barang aku. Kat seven eleven jer buang masa suploh minit. huh!

Dan seperti dijangka…aku lewat sampai opis lagi.

Lumba tarik-tarik

Posted by - Camcilah| November 22, 2009- 0 Comments

Hari ni gi tengok lumba tarik-tarik. . Atau dengan kata lain, Drag Racing. Drag = tarik ; Racing = lumba. So..betul lar kalau aku translate jadi lumba tarik-tarik kan. Eh!. Tak kelakar pom. Sila abaikan lawak sengal aku.

Kawan sayang bilang, racing tu kat Bukit Damar, Cybeyjaya. So, berpusu-pusu lar kitorang gi Cyberjaya. Pusing..pusing..pusing…apsal tak jumpa nih. Aku call kawan aku yang dah bertahun-tahun kerja kat Cyberjaya. Dia tataw pun pasal Bukit Damar. Tapi dia bagi gak direction tempat orang selalu drag keta kat area situ. Aik..apsal takder orang. Then, kitorang tanya pak guard MMU pulak. Dia kata kat area Tasik Cyberjaya. Pum takder orang. Haish.. Makanya, call kawan sayang balik. Dia kata dekat ngan PICC. Haiyaa…tu kat Putrajaya. Habaq lar awai-awai.

Akhirnya, kami pun sampai. Ni first time aku tengok drag racing. Agak jakun aku kat situ. . Walaupun hujan renyai-renyai, tapi ada aku kesah. Payung kan ada…

Drag racing ni 1 on 1.  Macam dalam citer Fast and Furious tu.. Kawan sayang salah seorang pelumba yang masuk racing nih. Nama dia Farezz, team Dori Dori. Eh..Dori Dori lagi??

Fariz from Dori Dori team. Ada saper2 yang kenal??

Kat start line, senang lar nak amik gambar.  Sebab keta baru gerak. Tapi,  kat finish line,  time  aku klik snap,  ado keta;  bila dia save..tinggal track  jer. Keta dah lesap. Giler laju lar keta-keta tu. Ada gak lar sekeping dua gambar keta kat finish line yang berjaya di tangkap..tapi sebab laju sangat…keta tu jadi pelik lar pulak.  

Start line
Start line
Finish line ((dah tak rupa keta, tayar pun ntah kat mana)
Finish line (dah tak rupa keta, tayar pun ntah kat mana)

Ada banyak kategori. Kawan sayang, si Fariz  tu  dapat no 2 kategori campro modification (kot). . Kagum betul aku. Dia ni memang kaki racing agaknya.

Bangga betul dapat naik podium. Hahaha
Bangga betul dapat naik podium. Hahaha

Salah satu kategori lain, awek cina yang menang. Awek ni dari team S4ph. Memang super laju arr awek ni bawak keta. Berdesup..

Aku lak yang vangga bila awek ni no 1.

Ni baru keta biasa..belum F1 lagi. Ntah macam mana lar laju keta F1 tu time lumba… @_@.

Nota: Muka aku tiada dalam ini cerita. Aku sangat comot pada hari kejadian.

-->